The Lil' Kid
READ!
Having a hard time here :3
Wendy Marcella
HOME ABOUT LINKIES Follow Facebook
Fakta / Info
Tuesday, 18 December 2012 at 03:03 | 2 Comment [s]

Assalamualaikum. Ni aku nak share fakta yang aku ada baca dekat majalah UJANG. Walaupun majalah tu majalah lawak, tapi ada info jugak kan. Meii baca;


1. Jaring labah-labah lebih kuat dariapada besi. Itulah yang terjadi malahan tentera Amerika Syarikat pernah merancana untuk membuat jaket anti peluru yang dibuat dari pintalan sarang labah-labah. Jadi, adegan Spiderman 2 menghentikan laju kereta api bukanlah sesuatu yang mustahil.

2. Tahukah anda bahawa ketumpatan ais lebih ringan 89% daripada ketumpatan jenis air? Akibatnya 11% bongkahan ais berada di atas permukaan air. Kenyataan tersebut membuat gunung ais yang terapung di atas laut membahayakan, khususnya untuk kapal-kapal yang sedang berlayar. Hal ini terbukti pada tragedi bersejarah yang menimpa kapal Titanic pada tahun 1912. Kapal yang " TIDAK BOLEH TENGGELAM " itu tenggelam setelah melanggar gunung ais di laut Atlantik Utara.

3. Menurut sejarahnya mercun bunga api mula ditemui pada abad ke 9 di China. Ceritanya pada waktu itu seorang juru masak tidak sengaja mencampurkan tiga bahan serbuk hitam ( black powder ) iaitu gerem peter dan KNO3 ( kalium nitrat ) belereng (sulfur ) dan arang batu. Ternyata ketiga bahan tersebut merupakan serbuk yang mudah terbakar. Jika ketiga bahan tersebut dimasukkan ke dalam sebatang buluh dan buluh yang ada sumbuhnya kemudian di bakar maka akan terjadi ledakan yang keras.

4. Tahukah anda bahawa kapal tangki terbesar didunia adalah kapal tangki Jahre Viking dengan lebar 69 meter dan panjang 458 meter, 77 meter lebih panjang dari Empire Street Building New York. Mampu membawa minyak bumi sebanyak 14 juta tong yang boleh menghidupkan kenderaan mesin di muka bumi ini selama 2 MINGGU! WOW!

5. Tahukah anda kenapa kaktus boleh hiidup diparas air yang minimum? Perkataan kaktus berasal dari bahasa Yunani "KAKTOS " yang bererti tanaman berduri. Sebenarnya, kaktus mempunyai daun. Namun daun tersebut berubah menjadi duri, untuk mengurangkan penyejetan air. Seperti kalau kita kepedasan kita terus minum air, kemudian kita mengambil air yang masih panas maka tuangkanlah air tersebut didalam sebuah piring atau mangkuk, maka beberapa minit air itu akan sejuk kerana permukaan perendinginannya lebih luas.

6. Air mata ternyata membantu pengelihatan seseorang. Jadi bukalah hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah kekeringan pada membran mata yang boleh membuat pengelihatan menjadi kabur.

7.  Jangan tidur dengan membawa Handphone di katil. Gelombang medan magnet yang ditimbulkan oleh alat elektronik ini dapat merosakkan sistem saraf kita.

8. Datuk Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan doktor bedah ortopetik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama yang berlepas ke angkasa lepas. Beliau merupakan orang Islam yang pertama menjalani Ibadah puasa dan menyambut Hari RAya Aidilfitri di angkasa lepas.

9. Alasan kenapa iklan kebanyakan jarum jam menunjukkan pukul 10:10 keranna seperti ini kelihatan seperti sedang senyum.

10. Seumur hidup kita, kita meminum sebanyak kurang lebih 75,000 liter. Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan berasa haus.

11. Walaupun nama Argentina bermakna bumi "PERAK", sebenarnya terdapat sedikit sahaja perak di negara tersebut. Ia berlaku akibat para penjelajah yang menyangkakan mereka melihat banyak perak di Argentina.

12. Semua abjad-abjad utama di dunia ini telah dikembangkan daripada satu abjad yang dicipta 3,600 tahun dahulu di Timur Tengah. Ia dikenali sebagai Abjad Semitik Utara.

13. Pokok kelapa mempunyai nama latin Cocos Nucifera. Coco bererti "wajah monyet". Sedangkan Nucifera bererti "seperti kacang".

14. Ayam boleh membiak dengan ayam belanda. Bayinya disebut sebagai " Turkin ".

15. Tahukah anda bahawa bulu itik itu kalis air? Itik memiliki kelenjar di sekitar ekornya yang berfungsi mengeluarkan minyak dan disebarkan ke seluruh bulu ditubuhnya. Lapisan anti-air ini membuatkan itik bersa tetap panas walaupun di suhu yang sejuk.

16. Pokok buluh merupakan jenis rumput yang tingginya boleh mencapai tingginya 40 meter.

Okay, itu ja yang saya dapat tulis. Ehehe, penat tangan saya menaip fakta ni. Okay lah. Assalamualaikum and bye bye :)



Blogger Qaseh Alienda said...

info yang sangat menarik untuk dikongsi...

 
Blogger Miss Wendy said...

Oh thanks. Dapat dari majalah ujang.

 

Post a Comment


Older | Newer
The Author
The Lil' Kid


Hello :) Welcome to "The Lil' Kid". This blog was 100% designed by me. Mostly, my updates are about my daily life and sometimes I will share some facts. Can you do me a favor? Can you click the FOLLOW button up there? If you clicked it then I'll click yours. Just tell me on my chatbox so I can click yours. So haters, just press CTRL + W please. Enjoy :)



Followers
They're Awesome!



Blog Archive
Click One :)





Older | Newer