Thursday, 6 December 2012 at 01:49 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum to Muslims and Hello to non- Muslim. Hari Jumaat lepas, saya ada jiran baru. Mereka ada 6 orang. Kebetulan pula yang pindah sebelah rumah aku tu sama bangsa dengan mamy saya. - Duii - Anak diorang ada 4. Semua lelaki kecuali yang baby. Mak diorang pulak Mak TIRI!Tadi, anak diorang yang 2 ni datang pergi rumah kami. Rumah diorang tiada TV. And, diorang pulak bermain lah sampai suara diorang kedengaran oleh Mak Tiri diorang tuhh. Masa tuhh saya dekat bilik. And, tiba2 Mak Tiri diorang datang pergi rumah and dia pukul anak dia dua orang tuhh kuat2! And paling menyeksakan, Mak Tiri tuhh tendang yang ada penyakit tu sampai terhampas dekat dinding. Kebetulan dinding yang budak tuh terkena dinding bilik saya. Apa lagi? Saya pun keluar lah tengok. Sementara Mak Tiri tuhh pukul anak tiri dia, mamy saya cepat2 lari halang Mak Tiri tuh dari terus pukul anak tiri dia. Mak Tiri tuh cakap :- "Biarlah diorang tuh kak, memang patut pun kena pukul macam tuh. Biar sedar sikit diorang tuhh. Kalau mau main di luar, bukan di rumah orang. Dasar anak setan! Muak sudah saya tengok muka kamu dua orang ini. Kamu ingat saya suka lah jaga kamu? Kalau dengar cakap endak apa lah jugak, ini macam setan! Keluar kamu. Malam ni jangan kamu tidur di dalam rumah. Biar di luar saja". And, Mak Tiri tuhh sambung pukul diorang dua. Mamy aku mau nangis sudah. Mak Tiri tuhh cakap lagi :- "Sial, memang anak beranak menyusahkan. Dari dulu sampai sekarang. Saya tidak mau jaga kamu lagi. Keluar kamu! Jangan kamu balik!" Mamy saya nangis. Saya pun mau nangis sudah. Terus mamy aku cakap:- "Kalau kau tidak mau jaga, biarlah saya yang jaga. Kesian bah budak. Sudah lah." Budak 2 orang tuhh menangis teresak-esak. Lepas tuh, Mak Tiri tuh pun heret dua orang budak ni pulang rumah. Kesian :' ( So, kepaada lelaki bujang yang hendak mencari isteri, jangan la pilih yang macam di atas. Heii, bikin gila. Assalmualaikum and bye bye ! |
The Author
The Lil' Kid Followers
They're Awesome! Blog Archive
Click One :) |
Post a Comment