The Lil' Kid
READ!
Having a hard time here :3
Wendy Marcella
HOME ABOUT LINKIES Follow Facebook
Tempayan Berisi Rangka Manusia
Wednesday, 19 December 2012 at 18:55 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum dan hello. Hurmm, hari ni saya rajin sikit nak post panjang'panjang. Eh eh, kenapa tajuk 'Tempayan Berisi Rangka Manusia'? Hemm, saya kan orang Sabah, ada yang nak diceritakan serba sedikit tentang Tempayan tu.

Pada zaman dahulu, masa zaman nenek moyang lah kali. Kalau di Sabah, bila ada orang mati diorang x kubur. Diorang masukkan mayat tu dalam satu tempayan besar and bila sudah di masukkan, diorang bawa tempayan tu dekat gua. Tapi, diorang x masukkan tempayan tu di dalam gua, diorang letak tempayan tu dekat permukaan dinding gua. Hmm, pelik tapi ini lah realitinya.

Masa saya pergi lawatan sambil belajar dekat Muzium Sabah, ada satu Pak Cik ni dia bagitahu pasal tempayan tu. Beberapa tahun dahulu, staf-staf muzium tu jumpa banyak tempayan dekat satu gua ni. Bila diorang tengok dalamnya ada rangka manusia! Ada bobolizan ( Bomoh ) ni dia cakap kalau nak ambil tempayan tu mesti bakar tempat yang diorang jumpa tempayan tu.

Kenapa pulak? Supaya roh-roh dalam tempayan tu x ikut diorang pergi muzium lehh! --' Saya ada nampak gambar masa diorang ambil tempayan tuh. Beberapa dari tempayan yang di jumpa ada di pamerkan. Aku takut nak pegang. Ihihi, lagipun memang x di suruh pegang pun. Hmmm, tulang menulang yang ada dekaat tempayan tu pun ada di pamerkan. Tapi dalam kaca. Heii, seram betul lah.

Tapi, itu zaman dulu. Sekarang dah lain lah.Sekarang dah main kubur-kubur. Btw, tempayan tu besar tau. Bukan tempayan yang kecik. Apa barang tempayan kecik. Tak muat lah mayat tu kan?! Ada lagi ni nak diceritakan. Ini cerita betul! Sumpah aku x tipu!

Dulu, masa mak kakak angkat aku mengandungkan adik bongsu dia tu, pak cik kakak angkat aku ni mabuk. (Kristian) Bila dia pulang dari moginum ( Minum'minum ) dia bawa pulang tempayan yang ada rangka manusia. Walawehhh!! Aduii, otak x betul ke?? Okay, sambung. Mak kakak angkat aku ni suruh pak cik kakak angkat aku ni bawak balik tempayan tu. Tapi, dia cakap esok lah!

Esok apa benda nya?! Bila malam, masa orang nyenyak tidur, adik kakak angkat aku ni ternampak hantu keluarkan lidah dekat dia. Bukan macam mengejek, lidah hantu tu panjang lah! Mungkin cecah lantai. Mak kakak angkat aku pulak nampak hantu tu tengah, ehhh?! Tengah apa ya? Lupa lah. Entahlah, yang pasti mak dia pun nampak.

Adik kakak angkat aku nangis masa nampak benda tu. Heii, sape yang x nangis kalau nampak hantu?! Lagi'lagi keluar lidah. Tapi, mak kakak angkat aku x nangis. Cuma, seminggu selepas dia nampak hantu tuh, dia beranak SEMINGGU lebih awal dari yang di jangkakan. Heii, lumrah'lumrah.

So, saja nak ceritakan tradisi orang Sabah. Tradisi yang seram sikit. Sorry lah kalau buat anda yang membaca kurang selesa. Esok hari Jumaat kan?! Selamat melakukan ibadah. Ecehhh!! Okaylah, ini sahaja yang nak diceritakan. Assalamualaikum dan bye'bye :)





Post a Comment


Older | Newer
The Author
The Lil' Kid


Hello :) Welcome to "The Lil' Kid". This blog was 100% designed by me. Mostly, my updates are about my daily life and sometimes I will share some facts. Can you do me a favor? Can you click the FOLLOW button up there? If you clicked it then I'll click yours. Just tell me on my chatbox so I can click yours. So haters, just press CTRL + W please. Enjoy :)



Followers
They're Awesome!



Blog Archive
Click One :)





Older | Newer