Friday, 21 December 2012 at 20:56 | 0 Comment [s]
Assalamualaikum dan hello! Tadi saya Googling2x -perkataan baru- lepas tu jumpa jenis-jenis phobia. Ini sekadar untuk berkongsi fakta. Jangan kedekut ilmu! Cheee' macam lah aku ni pandai sangat. Okay lah. Jom start baca;Arachibutyrophobia -Takut memakan mentega kacang. Bagi orang-orang dengan arachibutyrophobia memakan mentega kacang memang mencabar kerana mereka takut bila jem masuk ke dalam mulut diorang. Nomophobia -Takut ke mana-mana tanpa nombor telefon kenalan. Bagaimana perasaan korang ketika telefon korang x ada signal? Bolehkah anda mematikan telefon seharian? Dan jika korang telah kehabisan kredit atau bateri atau kehilangan telefon atau berada di kawasan yang tiada signal. Tiada telefon bimbit adalah gejala ketakutan yang di sebut sebagai Nomophia. Thrichophobia -Takut rambut gugur. Kalau rambut korang ada di pinggan makanan ianya biasa-biasa sahaja tapi bila korang melihatnya di mana-mana, korang mungkin menderita Thrichophobia. Dari bahasa Yunani Thrix (rambut) dan phobia (takut), ini adalah ketakutan atau ketidaksukaan yang disebabkan melihat rambut gugur di baju atau dimana-mana pun. Ephebiphobia -Takut remaja. Takut dan segan pada remaja, sekarang fenomena ini dikenali sebagai 'Karakter anak muda yang tidak teliti, berlebihan dan sentitif ' di berbagai tempat di dunia. Sosiologis, Ray Oldenberg menghubungkan dua generasi ini 'menjauhkan remaja dari orang dewasa di masyarakat America' ke 'orang dewasa merasa pelik dan takut pada remaja.' Takut remaja dan malu pada remaja ini boleh disamakan dengan kebebasan antara mereka. Triskaidekaphobia -Takut nombor 13. Salah satu dari ketakutan biasa, tapi tetap merasa bodoh, malahan Adolf Hitler adalah Triskaidekaphobia. Adalah istilah tersendiri untuk ketakutan pada hari Jumaat tanggal 13, disebut sebagai Paraskavedekatriaphobia. Tetraphobia adalah takut pada nombor 4, lebih terkenal di Cina, Jepun dan Korea. Scopophobia -Takut diperhatikan. Perasaan yang sangat takut berlebihan bila diperhatikan atau dipandang, Scocophobics cenderung menghindari kawasan yang ramai seperti mall atau tempat orang berkumpul. Sedangkan kerja yang mudah seperti memandu kereta pun menjadii sukar bagi penderita Scopophobia ini. Vomitophobia -Takut menelan. Pada keadaan yang lebih sejuk seorang phagophobe hanya memakan makanan yang cair dan lembut. Ketakutan ini dapat ditunjukkan melalui dengan berbagai keluhan mengenai menelan, tanpa pemeriksaan dari pemeriksa atau analisis makmal. Orang yang menderita Vomitophobia selalunya kurus. Spectrophobia -Takut cermin. Ketakutan yang tidak wajar ini menimbulkan rasa yang takut yang amat sangat ketika melihat cermin atau bayangan diri sendiri. Spectrophobia dibahagikan kepada 2 bahagian; takut diri sendiri atau takut sifat diri. Okaylah. Itu sahaja Jenis-jenis phobia yang saya dapat. Btw, jenis-jenis phobia sebenarnya sangat banyak. Tapi x kan lah saya nak tulis semua dekat sini. Assalamualaikum dan bye bye :) |
The Author
The Lil' Kid Followers
They're Awesome! Blog Archive
Click One :) |
Post a Comment